
Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Abaikan saja jika ada lelaki yang suka menyanjung fizikalmu setinggi bintang di langit.
Abaikan saja jika ada lelaki yang suka memuji kecantikanmu seindah bulan purnama.
Abaikan saja jika ada lelaki yang suka mengagung-agungkan pesona yang ada dalam tubuhmu.
Abaikan saja jika ada lelaki yang suka menaburkan janji-janji manis di hadapanmu.
Abaikan saja jika ada lelaki yang mencuba berusaha menyentuhmu.
Kerana lelaki yang berhak mendampingimu adalah,
Lelaki yang kagum akan kemuliaan akhlakmu.
Lelaki yang kagum akan kesopananmu dalam bertutur kata.
Lelaki yang kagum akan tekadmu dalam menutup aurat.
Lelaki yang kagum akan keteguhanmu dalam menjaga imanmu.
Dia akan selalu menghormatimu,
Memuliakanmu,
Menasihatimu dalam kebaikan,
Menjauhkanmu dari kubangan lumpur yang penuh kemaksiatan.
Dia akan selalu sabar menunggu.
Untuk berani dekat denganmu.
Untuk berani menyentuhmu.
Sampai tiba saatnya dalam sebuah ikatan suci.
Yang telah diredhai Ilahi Rabbi.
No comments:
Post a Comment