Thursday, 18 October 2012

Kawan atau Sahabat Sejati..



 Kawan baik atau sahabat atau teman atau kawan masa senang?

  

Kalau diikutkan, persahabatan seharusnya berlandaskan sesuatu yang tidak mementingkan diri sendiri. Kerana itulah persahabatan tidak akan terjalin andai kata ianya mempunyai  syarat yang berubah-berubah.
Pernahkah seseorang itu berkata........

"Aku nak jadi sahabat kau time ko senang dan kaya dan sihat time ni jer, tapi aku tak nak jadi sahabat ko time ko susah dan sakit dan miskin"


Ada tak sapa2 pernah cakap camtu? Kalau ada kasi lempang satu kali jap.. eheheh .. eh.. tak! jangan! Anak orang tu.. hehehe


Aku pernah terjumpa/terserempak (macam jumpa orang pulak) dengan satu ayat....

Sahabat sejati akan berkata,
"Tak kira siapa pun kau, aku tetap sayang kau sentiasa. Kasih dah persahabatan kita tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri"


EH... ayat atas tu aku gubah sendiri.. ayat ORI dia camni...

"Aku mengasihimu setiap waktu. Kasihku tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri"


Sahabat tidak mementingkan diri sendiri, sedia berkorban, dan susah senang bersama.


Aku punya sahabat, sahabat baik. Dari umur 7 tahun lagi sampai sekarang. Masuk tahun ni dah 11 tahun.. eheh.. kalau pasangan cinta cintun dah ble kahwin ek? ehehe InsyaAllah persahabatan kami akan kekal. Ingat pasangan kekasih jer ada dugaan ker? Aku dan dia pun banyak dugaan. Dugaan kewangan? Lelaki? Perempuan? Rumah? Makanan? Study? Semua dah... Alhamdulillah kami berjaya harungi. Aku sayang dia lebih dari nyawa aku sendiri.


Hargailah sahabat anda ek... Mulakan dari kawan-kawan anda. Sahabat tak mudah dicari tapi tak beerti ianya mustahil. Kadang-kadang kita tak perasan yang sentiasa bersama dengan kita yang kita tak pandang langsung tu adalah sahabat kita yangsetia sebenarnya :) 
Jangan sampai terjadinya perpecahan. Jangan sampai khianat sahabat sendiri mahupun kawan. Kalau dah rasa nak khianat2 tu.. Dok sorang diri dalam bilik. Jangan keluar, jangan bergaul. Rasalah hidup sendiri.








!! Terima Kasih Kerana Sudi Membaca !!

No comments:

Post a Comment